Perkongsian ilmu memang penting....lebih2 info sihat ygboleh dikongsi bersama2 rakan yang mengalami masalah berat badan..... Pagi tadi,bukak TV2.. ingatkan nak tengok ulangan bolasepak... sekali rancangan    " SELF RELIANCE " yg memaparkan topik pemakan dan amalan gaya hidup sihat.. Memang menarik utk dikongsi bersama.....
Di pendekkan cerita... antara kesan OBESITI :
1)  Penyakit Jantung .....
     Lemak yang terdapat di sekeliling organboleh meracuni tubuh dari dalam. Lemak yang dikenali dengan    
     nama lemak visceral, mengeluarkan zat kimia yang tlah dikaitkan dengan penyakit jantung, diabetes dan  
     beberapa jenis kanser... Na'uzubillah....
2)  Sakit tumit kaki.....
     Membawa beban 2 kali gandadari jumlah normal membuat tapak kaki berasa sengal dan sakit. Menurut  
     The Harvard Medical School, kelebihan berat badan akan menimbulkan tekanan pada struktur 
     menyerupai ligamen yang terletak mulai dari tumit hingga ke tapak kaki. radang berlaku di sekitar  
     bahagian ini dan menyebabkan rasa sakit yang mencucuk di tumit ketika melagkah.
3)  Radang sendi pada lutut.....
     Obesiti dikatakan penyebab utama Osteoarthritis di bahagian sendi penahan beban seperti lutut dan 
     pergelangan kaki. Orang yang obes dikatakan berisiko 14 kali ganda lebih besar untukmengalami radang 
     sendi lutut.
4)  Masalah Usus : Depresi / Ketidaksuburan ....
     Hasil pemerhatian terhadapwanita obesiti juga menunjukkan bahawa lemak tidak hanya menutupi 
     tubuhnya tetapi juga meliputi organ-ogan di dalam perutnya. Perut merupakan tempat pengumpulan lemak 
     yang paling buruk. Lemak ini secara tetap aka mengeluarkan zat kimia dan hormon dalam jumlah yang 
     besar. zat kimia dan hormon ini berkaitan dengan perubahanmetabolisme dan perkembangan diabetes 
     tahap 2. Sementara itu, ketika lemak mencapai sitem pencernaan, lemak tersebut akan pecah di dalam 
     hati. Seterusnya lemak tersebut melepaskan racun-racun ke dalam aliran darah. Hal ini boleh merosakkan 
    organ- organ terutamanya hati.....
INFO ini sekadar perkongian untuk diri saya dan juga rakan2 pembaca di luar sanaaaaaaaaaaa...... :) Sebab itulah kenapa kita perlu menjaga pemakanan agar kita dapat hidup dengan sihat dan dijauhi penyakit...InsyaALLAH.... Setiap penyakit ada penawarnya... Allah Maha Kuasa dan penentu segala kebaikan di muka bumi ini....
Thursday, July 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

 
 
No comments:
Post a Comment