Thursday, July 8, 2010

INFO SIHAT: Kesan Obesiti Terhadap Tubuh

Perkongsian ilmu memang penting....lebih2 info sihat ygboleh dikongsi bersama2 rakan yang mengalami masalah berat badan..... Pagi tadi,bukak TV2.. ingatkan nak tengok ulangan bolasepak... sekali rancangan " SELF RELIANCE " yg memaparkan topik pemakan dan amalan gaya hidup sihat.. Memang menarik utk dikongsi bersama.....

Di pendekkan cerita... antara kesan OBESITI :

1) Penyakit Jantung .....
Lemak yang terdapat di sekeliling organboleh meracuni tubuh dari dalam. Lemak yang dikenali dengan
nama lemak visceral, mengeluarkan zat kimia yang tlah dikaitkan dengan penyakit jantung, diabetes dan
beberapa jenis kanser... Na'uzubillah....

2) Sakit tumit kaki.....
Membawa beban 2 kali gandadari jumlah normal membuat tapak kaki berasa sengal dan sakit. Menurut
The Harvard Medical School, kelebihan berat badan akan menimbulkan tekanan pada struktur
menyerupai ligamen yang terletak mulai dari tumit hingga ke tapak kaki. radang berlaku di sekitar
bahagian ini dan menyebabkan rasa sakit yang mencucuk di tumit ketika melagkah.

3) Radang sendi pada lutut.....
Obesiti dikatakan penyebab utama Osteoarthritis di bahagian sendi penahan beban seperti lutut dan
pergelangan kaki. Orang yang obes dikatakan berisiko 14 kali ganda lebih besar untukmengalami radang
sendi lutut.

4) Masalah Usus : Depresi / Ketidaksuburan ....
Hasil pemerhatian terhadapwanita obesiti juga menunjukkan bahawa lemak tidak hanya menutupi
tubuhnya tetapi juga meliputi organ-ogan di dalam perutnya. Perut merupakan tempat pengumpulan lemak
yang paling buruk. Lemak ini secara tetap aka mengeluarkan zat kimia dan hormon dalam jumlah yang
besar. zat kimia dan hormon ini berkaitan dengan perubahanmetabolisme dan perkembangan diabetes
tahap 2. Sementara itu, ketika lemak mencapai sitem pencernaan, lemak tersebut akan pecah di dalam
hati. Seterusnya lemak tersebut melepaskan racun-racun ke dalam aliran darah. Hal ini boleh merosakkan
organ- organ terutamanya hati.....

INFO ini sekadar perkongian untuk diri saya dan juga rakan2 pembaca di luar sanaaaaaaaaaaa...... :) Sebab itulah kenapa kita perlu menjaga pemakanan agar kita dapat hidup dengan sihat dan dijauhi penyakit...InsyaALLAH.... Setiap penyakit ada penawarnya... Allah Maha Kuasa dan penentu segala kebaikan di muka bumi ini....

No comments:

Post a Comment